hidup simple, mudah terpengaruh dengan komik, suka berkawan juga minat bergaduh or cari pasal, senang jatuh cinta(maybe laa), perangai kebudak-budakan.. kalo nak tahu lagi,baca la blog aku tau!! hehehehe
Monday, August 26, 2013
Palestine,Syria dan Mesir.. Semoga Allah setiasa bersama kamu wahai umat Islam..
Assalamualikum semua. Agak lama dah saya tak update blog ni. Terlalu sibuk dengan kehidupan harian. Saya sekarang masih belajar di tingkatan 6 atas. STPM bukan lagi semudah dulu sebab sudah menggunakan sistem semester yang amat padat. Blog kali ni saya cuba memberi pendapat saya tentang apa yang berlaku di Mesir,Palestine dan Syria. Negara ini adalah negara Islam yg sedang dalam krisis. Negara ini diperintah oleh pemerintah kejam yang tidak lagi mengikut landas Islam. Sepanjang tahun 2013 ini,saya sering mengikuti kisah sedih negara bergolak ini. Kadang-kala sehingga menitiskan air mata yg tidak lagi mampu saya bendung. Saya mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya terhadap kekejaman yg dilakukan kepada rakyat negara tersebut terutama umat Islam. Di Malaysia, masih terdapat individu yg menganggap bahawa apa yg berlaku di negara2 tersebut sebagai iktibar kepada rakyat Malaysia agar tidak berlaku rusuhan dan patut bersyukur Malaysia aman. Bagi saya, orang seperti ini mempunyai otak yg sempit mcm katak bawak tempurung dan tidak berfikir di luar kotak pemikiran mereka. Walaupun Malaysia aman, namun adakah sistem pentadbiran negara berlandaskan Islam? Adakah pemimpin negara menggunakan al-Quran sebagai rujukan penyelesai masalah? Selagi sistem Islam belum digunakan sepenuhnya maka Malaysia tidak aman. Mengapa saya berfikiran demikian? Ini adalah disebabkan Malaysia masih menjalankan hubungan diplomatik dgn negara berkuasa besar yg seperti Amerika dgn alasan menjaga keamanan negara hingga mengabaikan saudara seIslam kita yg ditindas atas bantuan Amerika juga. Ini bermakna Malaysia juga tidak terkecuali berada dalam senarai anti negara Islam mereka kerana penduduk Malaysia mejoritinya adalah orang Islam. Ariel(perdana menteri israel)dan rakan sekutunya pernah mengeluarkan kenyataan bahawa negara Islam terakhir yg akan mereka serang adalah negara Islam yg berbentuk hati. Tidakkan kita sedar bahawa Malaysia berbentuk hati? Adakah Malaysia yg mereka akan serang? Sudahkah kita bersedia untuk situasi ini? Adakah keimanan rakyat Malaysia sekuat dan sekental para mujahidin di Mesir,Syria dan Palestine? Atau kita sudah pun bersedia untuk dibunuh tanpa bekalan ke akhirat? Ya Allah. Saya sudah sedar akan kesilapan saya yang lalai sebelum ini. Melihat kesenangan yg berada di Malaysia sedangkn saudara seIslam saya sedang merana dan menunggu saat ajal mejemput. Oleh itu, saya akan tetap perjuangkan Islam dan dengan perlahan akan cuba mempraktikkan gaya hidup Islam yg sebenar serta berdoa agar pemimpin sekarang atau dimasa hadapan Malaysia mengamalkn syariat Islam. Semoga kita menjadi hamba Allah yg sentiasa dalam redhanya dan kuat imannya. Semoga Islam akan menang dan tiada lagi pertumpahan darah di Mesir,Palestine dan Syria. Ameen ya rabbal'alamin.. ALLAHUAKBAR!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment